Hou Umum Tanding Naib Presiden MCA

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mantan timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung akan bertanding jawatan naib presiden MCA.

Dengan Hou mengumumkan pencalonannya, bilangan mereka yang bertanding bagi empat jawatan naib presiden adalah enam orang setakat ini selepas bekas ketua Wanita MCA Datuk Paduka Chiew Mei Fun mengumumkan pencalonannya pada Selasa.

Bekas anggota jawatankuasa pusat MCA itu berkata beliau memutuskan untuk bertanding bagi jawatan itu kerana beliau merupakan antara anggota pasukan transformasi parti yang diketuai oleh Timbalan Presiden Parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Biar perwakilan yang menentukan apa yang terbaik bagi parti," katanya.

Pada pemilihan parti 2010, Hou dipilih ke jawatankuasa pusat parti dengan 25 anggota itu.

Selain daripada Hou, yang juga bekas pengarah Institut Kajian China di Universiti Malaya, dan Chiew, yang lain bertanding bagi jawatan sama ialah Datuk Chua Tee Yong, Datuk Lee Chee Leong, Anggota Parlimen Tanjung Piai, Johor Datuk Wee Jeck Seng dan Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun, Kedah Leong Yong Kong.

Bagi jawatan presiden parti, sehingga ini tiga orang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding - timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan naib-presiden Gan Peng Shieu.

Penyandang jawatan tertinggi parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Bagi jawatan timbalan presiden, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan naib presiden Datuk Donald Lim Siang Chai telah menyatakan hasrat masing-masing untuk bertanding.

Pencalonan bagi pemilihan parti akan diadakan pada 16 Dis dengan pemilihan Pemuda MCA pada 19 Dis, Wanita MCA (20 Dis) dan barisan utama kepimpinan MCA (21 Dis). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan