Tumpahan Minyak Atas Jalan Sebabkan Kesesakan Hampir Satu Kilometer di Tawau

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Tumpahan minyak di atas jalan di bulatan Jalan Kuhara di sini, mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer di beberapa jalan utama di bandar ini dalam kejadian 1.30 petang Selasa.

Sembilan motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda turut terbabas akibat keadaan jalan yang licin, memaksa pihak berkuasa menutup jalan itu buat sementara bagi tujuan pembersihan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata sebuah jentera dan enam anggota digegaskan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan mengenai keadaan jalan yang licin itu.

"Pihak bomba terpaksa menggunakan air buih dan pasir untuk membersihkan jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya tumpahan minyak itu melibatkan hampir separuh daripada bulatan dan pihaknya mengambil masa dua jam untuk membersihkannya.

Operasi pembersihan selesai pada pukul 4.06 petang dan jalan kembali dibuka kepada orang ramai selepas itu, katanya.

Berdasarkan bau, minyak yang tertumpah itu adalah minyak masak namun setakat ini pihak berkuasa tidak dapat memastikan punca kejadian atau pihak yang bertanggungjawab. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan