Senator Bathmavathi Sampaikan Ucapan Sulung Bela OKU

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

K. Bathmavathi
K. Bathmavathi

KUALA LUMPUR: K. Bathmavathi, Orang Kelainan Upaya (OKU)kedua yang dilantik sebagai senator pada Selasa menyampaikan ucapan sulungnya pada sesi perbahasan di Dewan Negara dengan mengemukakan beberapa cadangan membela nasib golongan OKU di negara ini.

Bathmavathi, 59, yang merupakan anggota Majlis Kebangsaan OKU, penulis dan penterjemah bebas memulakan ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya yang telah memberi sokongan selama 38 tahun sebagai OKU.

"Tanggungjawab saya amat berat. Namun demikian saya sanggup menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya," katanya semasa memulakan ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di sini, Selasa.

Bathmavahthi memaklumkan Dewan Negara bahawa kos sara hidup yang meningkat turut meninggalkan kesan yang lebih besar ke atas golongan OKU berbanding manusia normal.

Justeru, beliau memohon kerajaan untuk menaikkan Elaun Pekerja Cacat dari RM300 kepada RM600 sebulan dan Bantuan Am yang diterima OKU tidak bekerja sebanyak RM150 sebulan, dinaikkan kepada RM300.

Masalah pengangkutan awam juga merupakan dilema terbesar golongan OKU di mana kemudahan yang disediakan masih tidak bersifat menyeluruh dan pertukaran jadual atau tempat menurunkan penumpang yang melibatkan pengumuman lisan pula menyebabkan ramai OKU yang ada masalah pendengaran sering berhadapan dengan masalah, katanya.

"Perkhidmatan teksi juga tidak munasabah kerana ada yang enggan membawa penumpang yang berkerusi roda. Ada juga kes di mana teksi bermeter menipu penumpang cacat penglihatan oleh kerana mereka tidak nampak," katanya.

Beliau juga memberitahu pelajar OKU terutama yang cacat penglihatan yang sedang belajar di sekolah rendah, menengah dan universiti menghadapi masalah kekurangan buku teks dalam bentuk Braille untuk bertahun lamanya.

Katanya beliau juga menerima laporan terdapat ratusan mesin Braille Perkins yang rosak dan dibiarkan begitu sahaja kerana ketiadaan tenaga mahir untuk memperbaikinya. Beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan menubuhkan Unit Pengeluaran Bahan Braille dengan segera bagi mengatasi masalah berkaitan.

Beliau juga mencadangkan agar lebih ramai jurubahasa isyarat perlu dilatih dan diletakkan di kaunter perkhidmatan pelanggan di bank, pejabat pos, klinik dan sebagainya.

Bathmavathi juga memohon satu langkah khas dibuat untuk melindungi wanita kurang upaya yang menghadapi ketidakupayaan intelektual kerana golongan itu paling mudah menjadi mangsa gangguan seksual dan jenayah seksual.

Kebanyakan kejadian seperti itu, katanya, tidak dilaporkan keluarga atau pengurus pusat penjagaan di mana ia berlaku dan hanya satu atau dua kes yang dikesan pihak berkuasa dan dibicarakan di mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan