Sekolah Rosak Akibat Banjir Akan Dibaik Pulih Segera - Idris - Berita Semasa | mStar

Sekolah Rosak Akibat Banjir Akan Dibaik Pulih Segera - Idris

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir akan dibaik pulih secepat mungkin supaya dapat digunakan pada sesi baharu persekolahan Januari depan.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata terdapat peruntukan khas disediakan kerajaan untuk menangani permasalahan itu dan jenis kerosakan dan keperluan sekolah terbabit akan dikenal pasti.

"Ada peruntukan khas untuk kita baiki sekolah-sekolah yang rosak, saya dan pegawai pembangunan akan berjumpa dengan pengetua dan guru besar sekolah terlibat untuk tengok jenis kerosakan.

"Setelah itu kita akan baiki sekolah dan akan bekalkan kerusi dan meja pelajar supaya sekolah penggal baharu akan dapat bermula tanpa sebarang masalah," katanya kepada pemberita di program gotong-royong perdana anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa di perkampungan Sungai Isap 2 di sini, Selasa.

Beliau berkata hasil tinjauan di sekolah-sekolah yang terjejas di daerah ini, kerosakan membabitkan kerusi dan meja adalah sehingga 80 peratus dan ia akan diganti dengan kadar segera.

Sementara itu, Idris berkata program gotong-royong perdana itu melibatkan 4,000 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar UMP, Universiti Putra Malaysia, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dan Universiti Malaysia Kelantan yang membantu membersihkan kediaman dan sekolah sekitar Kuantan yang dilanda banjir sebelum ini.

Katanya beliau terharu dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh warga universiti terlibat yang memutuskan untuk menangguhkan kelas pada Selasa bagi menggerakkan program tersebut.

"Saya sukacita lihat staf dan pelajar universiti yang sanggup tangguhkan kuliah untuk turun mencuci rumah dan sekolah pada hari ini, selain itu UMP juga bertindak sebagai pusat pengumpulan bantuan dan dengan ini pengagihan bantuan senang dijalankan serta tidak berlaku ketirisan," katanya.

Program gotong-royong perdana itu melibatkan 60 lokasi termasuk kawasan penempatan, sekolah dan rumah anak yatim. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan