Pusat Penempatan Mangsa Banjir Perlu Dikaji Semula - Jailani

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari meminta supaya pusat penempatan bagi mangsa banjir di pusat pemindahan di Hulu Terengganu dikaji semula demi keselesaan penghuninya.

Beliau berkata tempat penempatan seperti di surau dan masjid yang kecil agak tidak selesa untuk mangsa banjir, lebih-lebih lagi jika mereka ditempatkan dalam bilangan yang ramai.

"Sekarang juga terdapat penempatan yang bercampur antara wanita dan lelaki dan ini sangat kurang sesuai. "Insya-Allah perkara ini akan kita kaji supaya pada musim banjir akan datang tidak akan berlaku lagi masalah sebegini," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena lawatannya ke sekitar kampung yang terlibat dengan banjir di Hulu Terengganu. Dalam lawatan itu, Jailani turut memberi bantuan berupa keperluan makanan serta pakaian untuk mangsa banjir.

Sementara itu, seorang daripada mangsa banjir, Lijah Mamat, 57, dari Kampung Kuala Ping berkata bantuan seperti makanan dan pakaian yang dihulurkan kerajaan sangat bermakna buat mangsa banjir sepertinya yang tidak sempat membawa apa-apa kelengkapan ke pusat pemindahan banjir.

"Memang mak cik datang sini sehelai sepinggang, tak bawa baju, tak bawa apa-apa...hanya sempat ambil kad pengenalan dan dokumen yang penting sahaja sebab air naik sangat cepat. "Mujur ada kerajaan bagi bantuan macam ni, kalau tak...tak tahulah kami nak pakai baju apa, nak makan apatah lagi," katanya. Menurutnya, hujan tidak berhenti-henti sejak malam semalam dan rumahnya yang berdekatan dengan sungai mudah dinaiki air.

Maimun Abdul Rahman, 60, warga emas yang cacat penglihatan dari Kampung Tok Lawit pula berkata beliau tidak dapat menyelamatkan barang berharga seperti peti sejuk, mesin basuh serta televisyen kerana tidak menyangka air akan naik begitu cepat.

"Mak cik memang tak sempat nak selamatkan apa-apa barang, mak cik tak nampak sangat..nak angkat barang memang tak dapat, lagipun mana terdaya nak angkat benda berat. "Mak cik datang sini pun (pusat pemindahan) kena harungi air paras dada...cucu mak cik yang perempuan tolong pimpinkan mak cik. Alhamdulillah selamat juga akhirnya," katanya.

Maimun berkata, keprihatinan Anggota Parlimen Hulu Terengganu (Jailani) yang sanggup turun padang menghulurkan bantuan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggungnya.

Sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu dengan menempatkan 877 mangsa dari 269 keluarga sehingga pukul 6 petang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan