Pindaan Perlembagaan Koperasi Masih Dalam Peringkat Cadangan - Hasan

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keperluan untuk meminda perlembagaan koperasi bagi mewujudkan kuota untuk wanita dan belia menganggotai barisan kepimpinan lembaga pengarah koperasi masih di peringkat cadangan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah telah berbincang dengannya serta mengemukakan cadangan pindaan perlembagaan itu untuk pertimbangan.

Menyambut baik cadangan itu, Hasan berkata ia dapat memberi peluang lebih luas kepada golongan wanita dan belia menerajui kepimpinan tertinggi koperasi melalui pindaan itu.

"Saya akan lihat bagaimana nanti, mungkin akan dipinda. Sekarang masih dalam peringkat cadangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendaftar Koperasi Asia Pasifik pertama di sini, Selasa.

Persidangan tiga hari bertemakan 'Memperkemaskan Undang-Undang Kecil, Dasar dan Peraturan Untuk Koperasi Utama' itu disertai peserta dari 23 negara luar termasuk Australia, Sri Lanka dan Korea Selatan.

Hasan berkata golongan profesional turut digalakkan menyertai koperasi yang boleh memartabatkan peranan koperasi sekali gus dapat menyumbang kepada Keluaran Negara Kasar (GNP).

"Sekarang memang ada koperasi yang terdiri daripada golongan profesional seperti akauntan, jurutera dan juru ukur tetapi tidak banyak. Jadi sekarang saya mahu lebih ramai lagi golongan ini menyertai koperasi," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan