Pendidikan Main Peranan Penting Pupuk Pemikiran Usahawan - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan kemahiran yang menjana pemikiran keusahawanan dan kepimpinan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Beliau berkata gesaan telah dibuat bagi institusi pendidikan tinggi di negara ini untuk menggariskan usaha strategik bagi memupuk pemikiran keusahawanan dan inovatif generasi muda.

Beliau menekankan bahawa ini penting untuk melonjakkan transformasi ekonomi negara daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Kerajaan juga percaya bahawa kualiti pendidikan tetap menjadi bidang keutamaan bagi pembaikan berterusan.

"Dalam mengusahakan pendidikan keusahawanan, kita perlu sedar yang kita juga harus menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza intensitinya di setiap negara," katanya dalam ucaptama pada perasmian Mesyuarat ke-3 Unesco-APEID (Program Asia Pasifik Pendidikan Inovasi bagi Pembangunan) mengenai Pendidikan Keusahawanan di sini, Selasa.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata satu daripada isu penting ialah kandungan dan pedagogi - apa yang perlu dicapai dan bagaimana untuk mengajar mereka.

"Dalam hubungan ini adalah penting bagi kita untuk menyedari bahawa institusi pembelajaran seperti sekolah, kolej dan universiti mempunyai keutamaan penekanan dan tradisi kebudayaan, norma, pengetahuan dan penyelidikan masing-masing yang berlainan.

Satu lagi pertimbangan, katanya, ialah sama ada para pendidik negara ini dilatih secukupnya untuk menyebarkan pemahaman dalam cara dan keadan berbeza untuk membangunkan dan menyokong pemikiran keusahawanan.

"Ini memerlukan kerjasama efektif antara sektor pendidikan dan industri berkaitan. Perdebatan sama ada adakah universiti yang berperanan melatih untuk industri atau industri berkenaan yang harus melatih sendiri bagi keperluan mereka, masih berterusan," katanya.

Muhyiddin berkata kedua-dua sektor harus bekerjasama untuk melengkapkan golongan muda dengan kemahiran dan sifat-sifat keusahawanan bagi mereka dapat menyumbang secara berkesan kepada dunia pekerjaan dan perniagaan.

Timbalan perdana menteri berkata jika semua isu ini boleh ditangani sewajarnya, maka menjadi seorang usahawan dilihat akan menjadi pilihan kerjaya yang baik.

"Oleh itu sektor pendidikan formal harus mengkaji bagaimana ia menyediakan golongan muda untuk menerima cabran dalam melangkah menjadi seorang usahawan dan bukannya bergantung semata-mata kepada pilihan pekerjaan tradisional," katanya.

Muhyiddin berkata kajian telah mengesahkan bahawa Pendidikan Keusahawanan boleh membatu menggalakkan budaya keusahawanan dan inovatif dengan merubah pemikiran dan menyediakan kemahiran yang perlu kepada para pelajar.

"Bagaimanapun manfaat daripada Pendidikan Keusahawanan tidak terhad kepada merangsang permulaan, usaha inovatif dan pekerjaan baharu, tetapi ia juga boleh mempengaruhi motivasi individu muda untuk berusaha mencapai sesuatu yang mungkin sebelum ini dianggap mustahil," katanya.

Mesyuarat itu yang bertemakan 'Pendidikan Keusahawanan bagi Kemakmuran Global' dihadiri 120 peserta termasuk pembuat keputusan, pendidik, usahawan, para profesional dan belia dari 21 negara termasuk Malaysia.

Tiga belas kertas kerja mengenai cabaran dan langkah ke hadapan dari segi menggalakkan keusahawanan, terutama dalam kalangan golongan muda, akan dibentangkan pada seminar tiga hari itu.

Hadir pada perasmian itu ialah Pengarah Unesco Biro Serantau bagi Pendidikan Asia Pasifik yang berpejabat di Bangkok Gwang-Jo Kim, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad.

Muhyiddin kemudian melancarkan Rangkaian Pendidikan Keusahawanan Unesco (EE-Net). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan