Negeri Dilanda Banjir Telah Melepasi Tahap Kritikal - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mangsa banjir di empat buah negeri telah melepasi tahap kritikal dan kini mereka dalam proses pulang ke rumah masing-masing, Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata apa yang perlu difikirkan sekarang ialah mengenai pascabanjir iaitu proses membersihkan rumah mangsa dan membuat taksiran kerugian setiap keluarga.

Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata kejadian banjir itu merupakan antara yang paling teruk dan banyak kawasan yang memang tidak dijangka telah dinaiki air "Sebagai contoh di tempat saya hujan pada 3 Disember di kawasan Jabor, Kemaman adalah sebanyak 777 mm sehari dan dalam tempoh tiga hari, di Jabor sahaja, hujan sebanyak 1,662 mm," katanya dalam sidang media selepas melancarkan 'Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKMM) Bagi Mangsa Banjir' di kementerian itu di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha II Datuk Che Azemi Haron dan Bernama diwakili Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong.

Ahmad Shabery berkata kebiasaan kawasannya yang saban tahun dinaiki air akan diberi bantuan awal sebelum banjir berlaku namun kali ini luar biasa kerana banyak tempat di kawasannya telah tenggelam dan cabarannya adalah apabila terpaksa memindahkan 22,000 mangsa dalam masa 30 jam menggunakan bot.

"Melalui tragedi ini, kita lihat banyak yang perlu dikaji serta dipertingkatkan seperti sistem amaran awal serta kemudahan di pusat penempatan sementara seperti menyediakan sleeping bag yang boleh berfungsi sebagai tilam atau selimut," katanya.

Beliau menyelar tindakan pengguna laman sosial seperti Facebook yang membuat perbandingan pusat penempatan sementara Malaysia dengan negara luar ketika ditimpa bencana.

Dengan memberi contoh Tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011, beliau berkata mangsa tinggal di pusat penempatan selama dua atau tiga bulan oleh itu memang wajar disediakan khemah manakala mangsa banjir di Malaysia hanya tinggal paling lama seminggu di pusat penempatan sementara.

"Saya rasa dalam masa seminggu tsunami, keadaan di sana juga kelam kabut untuk menyelamatkan nyawa orang awam, gambar itu juga tidak tunjuk khemah itu didirikan selepas berapa hari orang awam ditempatkan di situ," katanya. Mengenai tabung kemanusiaan itu, Ahmad Shabery berkata dana akan dikumpulkan sehingga Januari tahun depan sebelum pihaknya berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di empat negeri yang dilanda banjir, mengenai bantuan apa yang boleh disalurkan.

Orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui SMS dengan menaip banjir (jumlah derma antara RM1 hingga RM20) dan hantar ke 13999.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata untuk menuju negara maju, masyarakat perlu mengubah sikap daripada menjadi penerima kepada pemberi terutama ketika menghadapi bencana.

"Sebagai contoh semasa banjir baru-baru ini, mangsa di pusat penempatan pun mungkin boleh turut memberi bantuan tenaga untuk memudahkan kerja sukarelawan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan