Kontroversi Candi: Jangan Jadikan Perobohan Sebagai Isu Agama - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir memberi amaran kepada orang awam agar tidak menjadikan isu perobohan candi Lembah Bujang sebagai isu agama kerana ia merupakan sebahagian daripada tamadun Melayu.

Beliau berkata sebahagian daripada agama Hindu, Buddha dan peradaban Islam di Lembah Bujang di Kedah sebenarnya merupakan peyumbang kepada tamadun Melayu.

Mukriz turut berkata struktur candi tapak 11 yang dirobohkan bukanlah candi yang berusia lapan abad tetapi struktur candi tersebut dibina semula pada 1974 di tapak asal.

Kemusnahan candi diketahui kira-kira tiga bulan setelah pemaju mula membersihkan tanah untuk sebuah projek perumahan.

Kemusnahan candi itu menjadi perhatian selepas tiga bulan pihak pemaju mula membersihkan tanah untuk menjalankan sebuah projek perumahan.

Dilaporkan bahawa pengurus projek Bandar Saujana Sdn Bhd, Saw Guan Keat berkata mereka tidak mengetahui mengenai struktur batu yang telah dibersihkan itu merupakan sebuah candi.

Beliau mendakwa mereka hanya mengetahui bahawa kawasan tersebut merupakan tapak bersejarah apabila dia membaca laporan akhbar mengenainya.

Menurutnya syarikat tersebut telah membeli tanah di kawasan tersebut awal tahun ini daripada satu lagi syarikat pemaju yang mendapat permit dua dekad yang lalu untuk membangunkan kawasan berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan