Khazanah Sumbang RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir - Najib

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib menandatangani plak sebagai simbolik majlis perasmian Hotel Traders dan Legoland Malaysia Resort, Nusajaya, Johor, Selasa.
Najib menandatangani plak sebagai simbolik majlis perasmian Hotel Traders dan Legoland Malaysia Resort, Nusajaya, Johor, Selasa.

NUSAJAYA: Khazanah Nasional Berhad akan menyumbangkan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan semula dan bantuan kewangan untuk mangsa banjir.

"Sumbangan itu adalah bantuan untuk melegakan, memulihkan dan sebagai persediaan di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir," katanya.

Najib membuat pengumuman itu selepas merasmikan Hotel Traders dan Legoland Malaysia Resort di Puteri Harbour di sini, Selasa.

Perdana Menteri berkata, sokongan menggalakkan yang ditunjukkan bagi kedua-dua Hotel Traders dan Hotel Legoland merupakan bukti kejayaan Iskandar Malaysia.

"Sejak pelancarannya pada Jun lalu, Hotel Traders menerima 90,000 tetamu manakala Legoland Malaysia menerima lebih dua juta pelancong," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan