Kadar Yuran IPTA Di Negara Ini Masih Munasabah - Mary Yap

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan belum bercadang mengurangkan yuran pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kadarnya pada masa ini masih munasabah.

Timbalan Menterinya Datuk Mary Yap Kain Ching berkata yuran pengajian peringkat ijazah sarjana muda di IPTA masih ditanggung kerajaan dengan kadar 85 hingga 90 peratus bertujuan meringankan beban pelajar.

"Mengikut amalan semasa, kadar yuran di IPTA ditetapkan berdasarkan faktor ekuiti sosial untuk meluaskan akses kepada masyarakat dan bukan prinsip 'cost recovery'.

"Penetapan yuran dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kos langsung dan tidak langsung, nilai sepadan pelajar sepenuh masa, nisbah tenaga pengajar dan pelajar, mod kerja kursus atau penyelidikan, daya saing dan sebagainya," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara, Selasa.

Syed Husin ingin mengetahui sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan yuran pengajian tinggi sebagai langkah membantu pelajar menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Yap berkata, institut tersebut tertakluk di bawah Akta Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) dan pihak pengurusan IPTS tidak boleh mengenakan yuran melebihi kadar yang diluluskan kementerian.

"Kementerian sentiasa berusaha mengawal selia IPTS supaya mampu memberikan perkhidmatan pendidikan tinggi yang berkualiti dengan mengenakan yuran berpatutan.

"Semua IPTS yang ditubuhkan di negara ini dikawal dan ditadbir urus mengikut akta tersebut, termasuk kadar yuran yang dikenakan IPTS kepada pelajarnya," katanya.

Menjawab soalan Syed Husin mengenai pendidikan percuma di negara ini, Yap menegaskan pelaksanaan sistem tersebut hanya akan menimbulkan 'kesan domino' iaitu peningkatan kadar pembayaran cukai bagi menampung langkah itu.

Beliau berkata Finland adalah contoh terbaik bagi negara yang memperuntukkan pendidikan percuma tetapi terpaksa ditanggung rakyat dengan kadar cukai pendapatan yang tinggi.

"Sekiranya berlaku (pendidikan percuma) di Malaysia, ini akan menimbulkan peningkatan dari segi cukai yang akan membebankan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan