Guan Eng Mohon Maaf Gelar Jahara 'Nenek'

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Selasa memohon maaf kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kerana memanggilnya "nenek".

Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.

"Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja. Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek'.

"Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian terhadap kaum dan agama melalui pembohongannya," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu dalam sidang media di sini, Jahara menyifatkan kenyataan Lim yang melabelnya 'racist grandmother' atau nenek rasis sebagai biadab dan mahu Ketua Menteri itu memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

Lim dilapor melabel Jahara sebagai "nenek rasis" susulan dakwaan Ketua Pembangkang itu wujud pilih kasih dalam tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan