Gerakan Lancar Kempen Mansuh Hukuman Mati

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia 2013 esok, Gerakan melancarkan "Kempen 100,000 Tandatangan' untuk menggesa bagi pemansuhan hukuman mati.

Presiden parti Datuk Mah Siew Keong berkata kempen itu akan diadakan selama tiga bulan bermula hari ini untuk mengumpul tandatangan orang ramai sebelum menyerahkannya bersama-sama dengan satu memorandum, kepada Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kempen itu merupakan langkah konstruktif Gerakan berikutan sesetengah pihak berpendapat hukuman mati adalah tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hak asasi manusia.

"Banyak penyelidikan menunjukkan hukuman mati tidak mencegah jenayah secara efektif, (dan) sebab itu kenapa kebanyakan negara telah memansuhkannya. "Jadi, kita perlukan iltizam politik (dalam isu ini), dan Gerakan merancang memainkan peranan konstruktif dengan menganjurkan (kempen ini) untuk mendapatkan cukup tandatangan untuk mendesak perkara ini (pemansuhan). Sebab itu kenapa kami memutuskan untuk melakukan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di sini.

Bagi pihak Gerakan, Mah bagaimanapun mencadangkan hukuman mati sedia ada yang dikenakan bagi jenayah berat, termasuk penyeludupan dadah, patut digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup, sebagai alternatif untuk mencegah jenayah itu. Beliau juga menggesa parti-parti politik, termasuk pembangkang supaya menyokong kempen itu demi negara.

"Kita berharap ia akan berjaya untuk memastikan yang kita mampu capai sesuatu untuk negara," katanya.

Mereka yang berminat menyertai kempen itu boleh pergi ke pejabat jawatankuasa badan perhubungan Gerakan negeri di setiap negeri atau menerusi laman web rasmi parti di www.gerakan.org.my. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan