Chew Mei Fun Kembali Ke MCA, Tanding Jawatan Naib Presiden

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chew Mei Fun
Chew Mei Fun

KUALA LUMPUR: Selepas menghilangkan diri daripada arena politik selama tiga tahun, bekas Ketua Wanita MCA Datuk Paduka Chiew Mei Fun muncul semula dengan mengumumkan beliau akan bertanding jawatan naib presiden parti.

Mengumumkan keputusan beliau dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Isnin Chew, yang merupakan satu-satunya calon wanita bagi jawatan naib presiden, berkata beliau mahu bertanding bagi jawatan itu untuk membantu memperbaharui dan membina semula parti.

"Selepas berundur daripada politik aktif, keputusan ini pastinya bukan mudah. Bagaimanapun, sebagai anggota MCA dan daripada apa yang saya telah timba dan lalui, bagaimana saya boleh berdiam sahaja dan menyaksikan apa yang berlaku kepada parti?" katanya dalam satu kenyataan.

Chew, 49, telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA pada 8 April, 2010, dua minggu selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden untuk menepati janjinya yang beliau akan melepaskan jawatannya itu jika Dr Chua menang.

Sejurus kemudian, pada April 28 tahun yang sama, beliau meletakkan jawatan sebagai senator dan timbalan menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Chew merupakan orang kelima untuk menyatakan hasratnya secara terbuka untuk bertanding bagi empat jawatan naib presiden itu semasa pemilihan parti pada 21 Disember.

Yang lain termasuk Datuk Chua Tee Yong, Datuk Lee Chee Leong, Anggota Parlimen Tanjung Piai, Johor Datuk Wee Jeck Seng dan Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun, Kedah Leong Yong Kong.

Bagi jawatan presiden parti, sehingga ini tiga orang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding - timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan naib-presiden Gan Peng Shieu. Penyandang jawatan tertinggi parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Bagi jawatan timbalan presiden, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan naib presiden Datuk Donald Lim Siang Chai telah menyatakan hasrat masing-masing untuk bertanding.

Pencalonan bagi pemilihan parti akan diadakan pada 16 Disember dengan pemilihan Pemuda MCA pada 19 Disember, Wanita MCA (20 Disember) dan barisan utama kepimpinan MCA (21 Disember). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan