Banjir: Laluan Paka-Kertih Ditutup

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Laluan utama dari Paka ke Kertih di sini ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi Selasa.

Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negara Ahmad Redza Arshad berkata jalan utama itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami air kira-kira satu meter.

"Hujan lebat sejak 2 pagi di sekitar Dungun menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Air dari Bukit Bauk mengalir laju ke jalan, menyebabkan laluan di Durian Mentangau dilimpahi air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa kawasan di Marang dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sedalam setengah meter, dengan penduduk diminta berjaga-jaga.

"Setakat ini masih di paras amaran, malah tidak ada penduduk yang dipindahkan," katanya.

Sementara itu, usaha Bernama untuk membuat liputan bantuan Felda kepada mangsa banjir bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih di Felda Seberang Tayor dekat sini terbantut selepas jalan Chukai-Air Putih yang menghala ke situ dinaiki air.

Tinjauan juga mendapati Jalan Sungai Pinang ke Kampung Sungai Pinang berdekatan bandar Kemaman turut dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan