Banjir di Pahang, Johor, Terengganu Semakin Reda, Mangsa Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Terengganu semakin reda petang Selasa dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.

Di KUANTAN, hampir separuh mangsa banjir yang direkodkan di Pahang pagi tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan jumlah berkurangan kepada 7,582 orang petang ini, berbanding 12,579 orang.

Menurut Jucucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini, terdapat 1,791 keluarga yang ditempatkan di 110 pusat pemindahan dari 96 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.

"Pekan menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,243 orang di 36 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Mangsa banjir di Kuantan yang berjumlah seramai 6,454 orang pagi tadi telah berkurangan kepada 2,061 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan manakala Temerloh (884 orang di 19 pusat pemindahan), Maran (699 di 15 pusat), Jerantut (329 di sembilan pusat), Bera (317 di tujuh pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).

Sementara itu, satu jalan utama di Km14 Jalan Temerloh-Triang masih ditutup kepada semua kenderaan.

Di JOHOR BAHARU, mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Segamat semakin berkurangan dengan seramai 266 orang daripada 63 keluarga berada di enam pusat pemindahan petang ini berbanding 273 orang daripada 64 keluarga pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ketika dihubungi berkata sehingga pukul 4 petang, seramai 28 orang masih berada di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (66 orang), Balai Raya Pogoh 2 (45 orang), Sekolah Agama Kampung Kuala Paya (26 orang), Balai Raya Kampung Tandong (85) dan Balai Raya Kampung Sanglang (16).

"Hujan renyai di kesemua kawasan terjejas itu dan keadaan 'banjir termenung' menyebabkan kesemua mangsa belum boleh pulang ke rumah masing-masing," menurut jurucakap itu.

Di KUALA TERENGGANU, banjir gelombang kedua melanda daerah Hulu Terengganu hari ini menyebabkan 317 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan setakat 3 petang ini.

Mereka ditempatkan di tujuh pusat penempatan iaitu Balairaya Kampung Tapah, Surau Tok Lawit, Balairaya/Masjid Kampung Sekayu, Kampung Baong, Kampung Landas (rumah keluarga), Balairaya Kampung Cheting dan Surau Kampung Gerdong.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), mangsa mula dipindahkan kira-kira 9 pagi hingga 2 petang ini setelah kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Beliau berkata pada umumnya banjir di Terengganu semakin beransur baik iaitu seramai 12,460 mangsa masih berada di 41 pusat pemindahan petang ini berbanding 14,609 pada sebelah pagi.

Di Kemaman, mangsa yang dibenarkan pulang hari ini seramai 2,149 daripada 13,335 mangsa dicatatkan sebelah pagi tadi dengan melibatkan 37 pusat penempatan.

Di Dungun masih terdapat 1,249 mangsa banjir yang ditempatkan di tiga lokasi pusat pemindahan berbanding 1,251 pada sebelah pagi tadi manakala di Marang hanya berbaki 10 orang di satu lokasi pusat penempatan daripada 23 mangsa pada pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat jingga di seluruh Terengganu dan Kelantan kecuali daerah Gua Musang. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan