SOP Lama Bantuan Kepada Mangsa Banjir Dikaji Semula - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Shabery berbual mesra dengan kanak-kanak mangsa banjir apabila dibenarkan pulang setelah banjir surut semasa melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman pada Isnin.-fotoBERNAMA
Ahmad Shabery berbual mesra dengan kanak-kanak mangsa banjir apabila dibenarkan pulang setelah banjir surut semasa melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman pada Isnin.-fotoBERNAMA

KEMAMAN: Beberapa prosedur operasi standard (SOP) lama membabitkan kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir akan dibentangkan kepada Kabinet untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata SOP lama seperti penyediaan tikar kepada mangsa di pusat pemindahan perlu digantikan dengan pengagihan tilam nipis atau beg tidur pada masa hadapan bagi memastikan keselesaan mangsa yang ditempatkan di situ.

"Saya tak nafikan ada perkara yang boleh dipertingkatkan pada masa hadapan seperti sediakan tilam nipis yang boleh digulung, toto dan beg tidur dilihat amat praktikal dalam menggantikan SOP lama yang memberikan tikar kepada mangsa di pusat pemindahan.

"Selain itu, penyediaan khemah di pusat pemindahan juga kita akan teliti dan kaji. Kita bukan tolak cadangan ini, kita boleh pertimbangkan untuk dipraktikkan pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Sultan Ismail di sini Isnin.

Selain itu, katanya permohonan dan cadangan supaya khemah disediakan di pusat pemindahan akan turut dipertimbangkan.

Ahmad Shabery berkata penyediaan tirai atau tabir di pusat pemindahan juga dilihat agak praktikal terutamanya kepada kaum wanita yang memudahkan mereka untuk menukar pakaian, menyusukan bayi dan bagi wanita yang sedang berpantang, penyediaan khemah amat bersesuaian.

"Bagaimanapun, penyediaan khemah yang terlalu banyak di pusat pemindahan tidak sesuai kerana banyak melibatkan logistik. Lagipun kebiasaannya mangsa banjir di negara kita hanya berpindah ke pusat pemindahan hanya empat hingga lima hari sahaja.

"Ini berbeza di Jepun, mereka tinggal di pusat pemindahan berbulan-bulan lamanya kerana bencana yang mereka hadapi lagi besar seperti gempa bumi, jadi penyediaan khemah adalah langkah terbaik dan sesuai.

"Apa pun, kita lebih mengutamakan keselamatan kepada mangsa banjir berbanding perkara lain. Keselesaan mereka di pusat pemindahan tetap diberikan perhatian namun ia selepas kita pastikan rakyat kita selamat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan