Segala Langkah Baharu Dibuat Kerajaan Demi Kepentingan Rakyat - Najib

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib (tengah) bersalaman bersama pesara kerajaan selepas majlis perjumpaan anjuran Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya, Isnin.-fotoBERNAMA
Najib (tengah) bersalaman bersama pesara kerajaan selepas majlis perjumpaan anjuran Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya, Isnin.-fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata segala langkah baharu yang dibuat oleh kerajaan adalah demi kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta pesara kerajaan membantu memperjelas langkah kerajaan itu bagi memastikan apa yang dibuat kerajaan tidak dimanipulasi pihak lain untuk terus memburukkan usaha yang dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat.

"Sebagai bekas pegawai kerajaan seperti dari Unit Perancang Ekonomi, seharusnya anda tahu kenapa kita perlu memperkukuh ekonomi kita, kerana apabila ekonomi kita kuat maka kita boleh menolong rakyat," katanya sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ketiga Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, Isnin.

Najib berkata sokongan para pesara bagi membantu rakyat untuk memahami langkah yang diambil kerajaan dalam memperkukuh ekonomi negara adalah penting untuk mengelak salah tanggapan mereka.

"Ini termasuk kenapa kita memerlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mana apabila dari tahun ke tahun, fiskal defisit kita berjaya dikuncupkan, maka kita akan jadi kuat dan penarafan bertambah, maka Malaysia mampu menjadi negara maju tidak berapa lama lagi," katanya.

GST yang diumumkan Perdana Menteri Najib pada Bajet 2014 Oktober lepas akan hanya mengenakan kadar 6 peratus, berbanding Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada masa ini dengan masing-masing pada kadar 10 peratus dan 6 peratus.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata dalam memantapkan lagi survival parti, kebergantungan kepada kelompok dan struktur yang formal sahaja tidak mencukupi dan ia memerlukan sokongan daripada pelbagai sektor dan kelompok masyarakat.

"Kecemerlangan silam (Umno) bukan merupakan jaminan untuk masa depan...apa yang perlu bagi kita ialah untuk berani lakukan perubahan dan kita perlu memahami persekitaran yang sudah berubah," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan dalam persekitaran baharu atau yang beliau gelarkan sebagai 'new politic', pendekatan yang lama atau 'business as usual' tidak akan menjamin kejayaan Umno secara berterusan.

"Hanya sebuah parti yang sanggup berubah akan dilihat sebagai sebuah parti yang kian relevan.

"Maka inilah (perubahan) yang saya sebut sebagai 'new politic' iaitu untuk kita mainkan peranan dan menyakinkan rakyat bahawa Umnolah jaminan masa depan negara dan bukan sahaja untuk Melayu dan Bumiputera". - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan