Rakyat Perlu Diberi Kefahaman Sepenuhnya Mengenai GST - MB Perlis

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata rakyat perlu diberi kefahaman sepenuhnya mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) agar mereka tidak terkeliru apabila ia dilaksanakan kelak.

Azlan berkata setiap rakyat harus faham bahawa pelaksanaan GST pada 1 April 2015 tidak sesekali akan membebankan mereka kerana ia hanya dikenakan kepada barang atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli pengguna berpendapatan tinggi sahaja.

"Rakyat hendaklah diberi kefahaman erti sebenar GST yang merupakan sejenis cukai yang mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai tetapi tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah," katanya.

Teks ucapan Azlan dibacakan Pegawai Kewangan Negeri, Muhammad Ismail pada majlis penutup Program Penjelasan Belanjawan Negara 2014 dan Pelaksanaan GST anjuran Jabatan Penerangan Negeri di sini, Isnin.

Sebanyak 200 peserta terdiri Anggota Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri hadir mendengar taklimat yang disampaikan Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Jabatan Kastam Kedah Abdul Halim Ramli.

Azlan berkata rakyat tidak perlu bimbang tentang pelaksanaan GST itu kerana kerajaan membuat keputusan mengecualikan cukai berkenaan terhadap perkhidmatan dan barangan keperluan asas untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi.

GST yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 Oktober lepas akan hanya mengenakan kadar 6 peratus, berbanding Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada masa ini dengan masing-masing pada kadar 10 peratus dan 6 peratus.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Pengarah Penerangan Perlis Mohamad Lokman Mahmud berkata jabatan merancang menganjurkan lebih banyak program penerangan seumpama itu termasuk kepada masyarakat.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima banyak permohonan daripada wakil rakyat di negeri ini untuk menganjurkan program sedemikian di kawasan mereka supaya setiap peringkat rakyat benar-benar memahaminya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan