Najib Akan Gariskan Inisiatif Baharu Bawah Dasar Pandang Ke Timur Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan insentif baharu di bawah Dasar Pandang ke Timur Malaysia di Tokyo, Jepun pada 13 Disember ini.

Najib, yang mengumumkan rangka kerja untuk teras dasar diperbaharui itu pada Oktober 2012, dijangka menggariskan dasar dan jangkaan Malaysia di Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun ke-32 (MAJECA) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA).

"Perdana Menteri akan berada di Jepun untuk Sidang Kemuncak Komemoratif Asean-Jepun ke-40," kata Setiausaha Agung MAJECA Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata MAJECA dan JAMECA, yang akan meneroka kerjasama dalam bidang-bidang baharu, telah menimbangkan persekitaran keadaan di Jepun dan Asean.

Perubahan persekitaran, berikutan perbezaan rantaian bekalan dan dorongan integrasi serantau, memerlukan pendekatan dan langkah baharu, kata beliau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan membincangkan tentang agenda transformasi ekonomi dan peluang pelaburan di persidangan itu.

Presiden MAJECA Tan Sri Azman Hashim akan mengetuai delegasi 50 orang Malaysia untuk bertemu dengan 200 anggota JAMECA yang diketuai Presiden Mikio Sasaki. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan