Menteri Besar Selangor Optimis Rundingan Air Selesai Hujung Bulan Ini

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau optimis rundingan penyusunan semula industri air di Selangor akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.

"Kita dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Puncak Niaga dan pemilik saham Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). Kita rasa optimistik tentang penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), pemegang saham majoriti dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 5 Dis lepas yang menerima tawaran pengambilalihan kedua-dua syarikatnya secara prinsipnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan beberapa syarat.

PNHB antaranya mahukan jumlah sumbangan ekuiti dibayar kepadanya termasuk pulangan bercampur 15 peratus setahun, sebagai pampasan kepada syarikat pegangan kerana kehilangan pendapatan masa depan akibat daripada penjualan perniagaan konsesi airnya kepada kerajaan negeri sebelum tarikh akhir konsesi masing-masing.

"Hutang yang belum dijelaskan daripada Syabas kepada PNSB pada tarikh kuat kuasa berhubung dengan bekalan dan penjualan air kepada Syabas perlu dibayar kepada PNHB kerana perkhidmatan ini telahpun diberikan," kata PNHB.

Ditanya mengenai tawaran Gamuda Bhd untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor pada harga RM10.7 bilion berbanding RM9.65 bilion oleh kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau akan bertindak berpandukan maklum balas daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai tawaran itu.

Empat syarikat itu ialah PNSB, Syabas, Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash). -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan