Kesemua 13 Komando Hilang Di Laut Ditemui - Berita Semasa | mStar

Kesemua 13 Komando Hilang Di Laut Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kesemua 13 anggota komondo yang hilang hampir 28 jam selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka, ditemui dalam keadaan selamat di Pantai Puteri di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bilik operasi Bomba dan Penyelamat negeri itu, 11 anggota dari Pusat Latihan Pasukan Khusus (Pulpak) di kem Sungai Udang dan dua lagi pelatih, ditemui orang awam di pantai tersebut kira-kira pukul 1.19 pagi Isnin.

Walaupun kelihatan letih dan tidak bermaya, mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Difahamkan mereka dikejarkan ke Hospital Kem Terendak di Sungai Udang untuk mendapatkan rawatan.

Pantai Puteri terletak kira-kira 8km dari Pantai Klebang iaitu lokasi pangkalan pusat operasi dan menyelamat tentera.

Pada malam Ahad, kira-kira 46 anggota komando dengan lima buah bot memulakan latihan mendayung sebelum bot mereka dipukul ribut kira-kira pukul 9.50 malam.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan