Kerajaan Gubal Dasar Keselamatan Negara Tangani Ancaman Siber - Shahidan - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Gubal Dasar Keselamatan Negara Tangani Ancaman Siber - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Melihat ancaman siber sebagai ancaman tahap paling tinggi negara, kerajaan menggubal Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP) bagi melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dasar ini memfokus kepada penggunaan teknologi yang selamat ke arah penggunaan dan pengeluaran teknologi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.

"Dasar ini turut menekankan aspek pembangunan keupayaan dalam bidang keselamatan siber, penyelidikan dan pembangunan serta inisiatif kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman siber. "Bagi menghadapi ancaman ini, kerajaan akan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi selari dengan perkembangan teknologi semasa," katanya ketika menjawab soalan Mohd Khalid Ahmad dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.

Mohd Khalid meminta kerajaan menyatakan langkah mengatasi masalah intipan seperti penggunaan teknologi canggih.

Shahidan berkata di bawah NCSP, beberapa inisiatif dilaksana seperti Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat, yang menetapkan pendekatan sistematik termasuk polisi, prosedur serta fungsi perkakasan dan perisian.

Turut dilaksana, katanya, adalah pembangunan rangka kerja dan rangka dasar perlindungan ketirisan maklumat elektronik yang menetapkan kaedah pengurusan maklumat elektronik kerajaan serta organisasi negara.

Beliau berkata di bawah NCSP juga, turut digubal Dasar Kriptografi Negara yang menggariskan kaedah dan pendekatan strategik dalam aspek penggunaan kriptografi, penghasilan Produk Kriptografi serta penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi maklumat kerajaan dan agensi. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan