Kajian Penambahbaikan Sektor Keselamatan Dibentangkan Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan di Dewan Rakyat tahun depan kajian penambahbaikan sektor keselamatan termasuk menarik warga tempatan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kajian itu meliputi faktor insurans, unsur kebajikan dan kemudahan yang dapat diberikan kepada pengawal keselamatan warga tempatan yang disifatkan perlu dan bersesuaian dengan perubahan serta peredaran zaman.

"Perkara ini sudah banyak kali dibangkitkan di Dewan Rakyat. Kita sedang kaji selidik kesemua faktor ini dalam sudut kebolehan kementerian melaksanakannya.

"Kajian juga dibuat dari sudut perundangan yang mana turut diadakan perbincangan dengan unit keselamatan dalam kementerian untuk melihat undang-undang yang telah digubal pada 1971, kini tidak terkini (tidak relevan) untuk zaman ini. Zaman sudah berubah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Wan Junaidi berkata sehingga kini, seramai 233,023 warga tempatan dan 6,746 warga Nepal bekerja sebagai pengawal keselamatan di pelbagai syarikat keselamatan di seluruh negara.

Sementara itu, beliau berkata isu syarikat keselamatan mengambil pekerja asing tanpa izin sebagai pengawal keselamatan sedang dalam perhatian serius kementerian.

"Ada syarikat-syarikat keselamatan yang hanya kerana hendak untung besar, sanggup mengambil dan menggaji pendatang tanpa izin hingga elak membayar insurans, Perkeso, kebajikan dan tidak membayar gaji minimum RM900 seperti ditetapkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan