Jenazah Mohamed Ngah Selamat Disemadi

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini, Isnin.

Jenazah Mohamed disemadikan kira-kira 10.30 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina, Jalan Ayer Keroh di sini.

Upacara pengebumian Allahyarham diberikan penghormatan penuh ketenteraan oleh kira-kira 100 pegawai dan anggota tentera.

Turut hadir Timbalan Panglima TUDM Leftenan Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Mohamed, 75, meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakal di sini malam Ahad akibat jangkitan kuman selepas dimasukkan ke hospital sejak Khamis lepas.

Allahyarham Mohamed meninggalkan isteri Puan Sri Kamariah Abdul Rahman, 72, dan enam anak berusia dari 20 hingga 49 tahun serta 10 cucu.

Beliau menyandang jawatan Panglima TUDM dari 29 Ogos 1983 sehingga 18 Mac 1990.

Sementara itu, anak keempat Allahyarham, Iskandar Zulkarnain, 40, berkata arwah bapanya adalah seorang yang peramah dan bertanggungjawab.

"Ayah seorang yang tegas dalam kerjanya namun mudah mesra dengan anggotanya tanpa mengira pangkat," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan