Dr Khair Mohamad Yusof Dilantik Ketua Pengarah Pelajaran Baharu

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khair Mohamad Yusof
Khair Mohamad Yusof

PUTRAJAYA: Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara pada 6 Disember lalu.

Dr Khair merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar).

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai pelantikan Dr Khair dalam majlis makan malam sempena persaraan Abd Ghafar di sini pada Isnin.

Muhyiddin berkata sumbangan terbesar Abd Ghafar kepada kementerian tersebut ialah kerja kerasnya dalam melaksankan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025).

"Kita bukan sahaja berjaya menepati sasaran dalam tempoh 100 hari pertama PPPM dilancarkan, malah kita telah pergi lebih jauh dan melangkauinya.

"Ia juga semasa tempoh Abd Ghafar memegang jawatannya ketika program transformasi lain turut dimulakan seperti, inisiatif untuk anak Orang Asli dan pelajar desa serta program Sekolah Dalam Hospital, yang mana semuanya kini telah menampakkan hasil yang baik.

"Abd Ghafar juga secara sukarela mahu menjadi penasihat kepada Guru 1Malaysia dan saya segera menerima tawarannya kerana guru muda bakal memperoleh faedah dengan bimbingan daripada beliau," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tersebut.

Muhyiddin berkata pihak kementerian telah mencadangkan nama Abd Ghafar sebagai ahli lembaga pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan