Bekalan Elektrik Pulih Sepenuhnya Di Johor, Melaka & Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di Johor, Melaka dan Kelantan kembali pulih sepenuhnya dan tiada akaun pengguna yang terjejas, sehingga jam 10 pagi Isnin.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini Isnin, bagaimanapun bekalan elektrik di Pahang dan Terengganu masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya 60 pencawang elektrik di Pahang dihenti tugas melibatkan 1,890 jumlah akaun pengguna manakala 90 pencawang elektrik di Terengganu dengan 3,328 akaun pengguna.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Kuantan membabitkan 37 pencawang elektrik, Triang (11), Pekan (6), Temerloh (4), Maran dan Jerantut masing-masing satu.

Katanya sebanyak 26 set janakuasa dibekalkan di Kuantan manakala empat set janakuasa di Jerantut.

Sementara di Terengganu, kawasan terlibat ialah Geliga membabitkan 68 pencawang elektrik dihenti tugas, Cheneh (17), Chukai (3) dan AMBS (2).

Katanya 33 set janakuasa dibekalkan di Kemaman.

Menurut kenyataan itu, kesemua sembilan empangan TNB di Semenanjung juga masih dalam tahap selamat dan tiada limpahan air terjadi.

Empangan itu ialah Empangan Pergau di Kelantan, Empangan Kenyir (Terengganu), empat buah empangan di Sungai Perak iaitu Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh dan tiga empangan di Cameron Highlands iaitu Empangan Sultan Abu Bakar, Empangan Jor dan Empangan Mahang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan