Bank Tawar Sokongan Kepada Pelanggan Terjejas Banjir

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM)yang beroperasi di pantai timur, Johor dan Melaka akan proaktif membantu pelanggan, individu atau perniagaan yang terjejas banjir.

Menurut kenyataan ABM di sini Isnin, bantuan yang disediakan bank tidak terhad kepada menangguhkan pembayaran balik pinjaman rumah sahaja tetapi juga termasuk menyusun semula pinjaman perniagaan tanpa menanggung fi atau memberikan penggantungan sementara pembayaran balik.

"Bank memahami sekarang adalah masa yang sukar dan memberi tekanan kepada semua isi rumah dan perniagaan yang terjejas banjir. "Anggota bank kami sedang berusaha mendekati pelanggan untuk membantu mereka pulih kembali. "Pelanggan yang menghadapi masalah kewangan akibat banjir diminta menghubungi bank mereka secepat mungkin supaya keadaan mereka boleh dinilai dan nasihat boleh diberi," kata Pengarah Eksekutif ABM Chuah Mei Lin.

Chuah berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, anggota bank akan menghulurkan bantuan semasa tempoh sukar ini dengan menyediakan penyelesaian dan bantuan kepada pelanggan berdasarkan keadaan kewangan masing-masing.

Orang ramai dialu-alukan menghubungi ABM melalui talian bebas tol, ABMConnect 1-300-88-9980 yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang atau menerusi laman web, www.abm.org.my. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan