Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua 99 mangsa banjir yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 94 orang di Rantau Panjang, Pasir Mas dan bakinya di Pengkalan Kubor, Tumpat dibenarkan pulang selepas pukul 10 pagi.

Sehubungan itu, semua pusat pemindahan sementara ditutup, menurut portal berkenaan.

Sejak banjir melanda enam jajahan di Kelantan sejak minggu lalu, lebih 2,000 orang dipindahkan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir itu.

Kesemua mereka yang dipindahkan itu juga berpuas hati dengan peranan agensi kerajaan dalam membantu mereka berpindah dan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka di pusat pemindahan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut meluangkan masa melawat kawasan bencana itu di beberapa tempat di negeri ini, Jumaat lalu.

Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini adalah mendung dan semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengingatkan penduduk supaya berhati-hati dengan kemungkinan banjir pusingan berikutnya selepas ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan