Akta PKS Diperkenal Untuk Tonjolkan Amalan Terbaik - PM

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan model kiosk bertenaga solar GreeNomad hasil ciptaan syarikat bumiputera, Thingking Green, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan ke-15 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Isnin. Kiosk bertenaga solar GreeNomad itu merangkumi sistem penuaian air hujan (rain water harvesting system) serta internet hotspot yang akan memanfaatkan usahawan mikro. Turut kelihatan, Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim (kiri) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri (kanan).-Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan model kiosk bertenaga solar GreeNomad hasil ciptaan syarikat bumiputera, Thingking Green, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan ke-15 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Isnin. Kiosk bertenaga solar GreeNomad itu merangkumi sistem penuaian air hujan (rain water harvesting system) serta internet hotspot yang akan memanfaatkan usahawan mikro. Turut kelihatan, Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim (kiri) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri (kanan).-Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Akta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan diwujudkan bagi menonjolkan amalan terbaik perusahaan itu dan memberi panduan yang lebih jelas tentang hala tuju pembangunan serta masa depan PKS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Akta PKS ini merangkumi enam bidang utama iaitu Panduan Umum, Rangka kerja Institusi, Akses ke Pasaran, Insentif Khusus, Pembiayaan untuk PKS dan Ketanggungjawaban pihak yang terlibat di bawah akta berkenaan.

"Akta ini juga akan menetapkan dengan jelas peranan setiap kementerian dan agensi dan mewujudkan penyelarasan bagi mengelakkan pertindihan kerja di antara satu sama lain," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis mesyuarat pembangunan perusahan kecil dan sederhana (PKS) di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), bangunan Perdana Putra di sini, Isnin.

Najib berkata penubuhan akta itu akan mengambil masa kira-kira dua tahun selepas melalui proses konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan dan beliau percaya ia merupakan satu perkembangan (inisiatif) yang dinanti-nantikan oleh semua pihak. "Negara-negara maju di Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah pun mengguna pakai akta berkaitan," katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata mesyuarat itu turut menyentuh mengenai perkembangan PKS yang kini pada menyumbang 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka meningkat sehingga 42 peratus pada 2020.

"Kadar pertumbuhan PKS setiap tahun didapati lebih tinggi daripada perkembangan KDNK untuk negara pada keseluruhannya...umpamanya kalau negara KDNKnya berkembang lima peratus, PKS berkembang sebanyak enam peratus, maka peranan PKS semakin meningkat dan menyerlah dalam konteks pertumbuhan ekonomi," katanya.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga telah membincangkan mengenai 'Breakout Strategy' untuk perusahaan mikro kerana sebahagian besar PKS merupakan perusahaan mikro yang akan berkembang menjadi lebih besar.

Sehubungan itu, dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pertumbuhan perusahaan mikro di Malaysia, lima program utama akan dilaksanakan menjelang 2014.

"Lima program berkenaan ialah StartMEup, GrowME, MarketME, FastTrackME dan MeMoneymatter yang akan diuruskan oleh SME Corp. Malaysia.

Demi memastikan sasaran dicapai, beberapa aplikasi dan panduan akan diguna pakai seperti 'start up kit' - penyediaan model perniagaan , 'productivity toolkits' - cara meningkatkan jualan dan 'online markets' - pemasaran dan penjualan secara dalam talian," kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, program e-pembayaran (pembelian menggunakan kad kredit) juga diperkenalkan untuk urus niaga jualan perusahaan PKS menerusi penggunaan peralatan 'dongle' yang akan dimasukkan dalam ke telefon pintar, katanya.

"Peralatan 'dongle' ini membolehkan pembelian dibuat secara kad kredit dengan hanya menggunakan telefon pintar, setakat ini sebanyak 26,000 perusahaan mikro telah dibekalkan dengan peralatan 'dongle' ini. "Jumlah penjualan 'dongle' berkenaan setakat ini ialah sebanyak 1.2 juta unit dan berada pada peringkat permulaan, saya yakin teknologi ini (urusan e-pembayaran) akan berkembang dan meningkatkan lagi urus niaga perusahaan PKS kerana pelanggan hanya perlu menggunakan telefon pintar dan kad kredit untuk sebarang pembelian," katanya.

Selain itu, perdana menteri turut mengumumkan sebuah ciptaan inovasi iaitu Kiosk bertenaga Solar, GreeNomad, yang dihasilkan oleh syarikat bumiputera, Thinking Green Sdn Bhd.

Najib berkata Kiosk itu menyediakan sistem penuaian air hujan serta internet hotspot yang boleh digunakan oleh usahawan kecil (mikro) di seluruh negara.

Sebagai permulaan, sebanyak 100 kiosk telah ditempah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan digunakan kelak, bagaimanapun, ia tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan dan hanya membabitkan syarikat swasta menerusi pembelian ruang pengiklanan yang akan dipamerkan di kiosk berkenaan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan