11 Penuntut Kursus Asas Komando Akan Sambung Latihan - PTD

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (tengah) bersama Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) melawat seorang penuntut asas komando yang hilang ketika latihan mendayung di Perairan Pulau Upeh semalam, di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di Melaka pada Isnin. Kesemua 11 penuntut bersama seorang jurulatih serta seorang jurubot selamat ditemui pada jam 1.30 pagi tadi.
-- fotoBERNAMA
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (tengah) bersama Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) melawat seorang penuntut asas komando yang hilang ketika latihan mendayung di Perairan Pulau Upeh semalam, di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di Melaka pada Isnin. Kesemua 11 penuntut bersama seorang jurulatih serta seorang jurubot selamat ditemui pada jam 1.30 pagi tadi. -- fotoBERNAMA

MELAKA: Kesemua 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di perairan Selat Melaka akan menyambung kembali latihan setelah disahkan cergas oleh doktor.

Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata kesemua penuntut menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan latihan yang dijalani mereka sejak hampir tiga bulan lepas.

"Dua pertiga daripada mereka (penuntut) telah terkeluar daripada latihan itu kerana tidak mampu menerima dugaan. "Mereka ini menjalani latihan selama tiga bulan dan kesemua mereka akan dianugerahkan beret hijau (selepas tamat latihan) pada 28 Dis ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Sungai Udang di sini, Isnin.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abd Rahim Bakri.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut meluangkan masa lebih sejam melawat mangsa.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam Sabtu lepas, sebuah daripada tiga bot yang membawa dua pegawai dan 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang bagi menjalani latihan mendayung dikhuatiri karam selepas gagal mendarat bersama kumpulan lain di Pulau Upeh, Melaka.

Kesemua mereka bagaimanapun ditemui selamat namun berada dalam keadaan lemah kira-kira 1.30 pagi ini di pesisiran Pengkalan Perigi, Melaka kira-kira 12km dari lokasi kejadian.

Raja Mohamed Affandi berkata ketabahan penuntut berkenaan boleh menjadi motivasi kepada generasi muda untuk menyertai angkatan tentera sekali gus berkhidmat untuk negara.

Sementara itu, Abd Rahim berkata kesemua penuntut terlibat masih bersemangat tinggi dan tiada seorang pun yang berhasrat untuk meninggalkan latihan yang dijalani mereka. Beliau berkata dua jurulatih yang terlibat juga menunjukkan kemahiran yang tinggi sehingga berjaya mengemudi perahu ke daratan.

"Saya mewakili Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mengucapkan syukur kerana semua mereka ditemui dalam keadaan selamat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan