Sukarelawan Mercy Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Kuantan

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasukan doktor dan sukarelawan Mercy Malaysia kini bekerjasama dengan pejabat kesihatan daerah untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Mercy Malaysia berkata pasukannya, yang dianggotai 19 orang, kini mengendalikan empat klinik bergerak dan mengagihkan 400 kit kesihatan mengandungi ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa bencana alam itu.

"Lebih 200 pesakit mendapat perkhidmatan perubatan setiap hari, manakala masalah kesihatan paling banyak dihidapi ialah jangkitan saluran respiratori atas," katanya.

Jabatan kesihatan daerah pula mengendalikan klinik tetap yang dibuka sepanjang masa bersama 24 pasukan.

Menurut Majlis Keselamatan Negara, Monsun Tenggara membawa hujan lebat ke Johor, Pahang dan Terengganu serta menyebabkan banjir di beberapa kawasan di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia.

Seetakat pukul 4 petang ini, lebih 39,000 mangsa banjir berada di 121 pusat pemindahan di Pahang.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan