Semua Rakyat Malaysia Selamat Dalam Letupan Bom Di Sana'a - Anifah - Berita Semasa | mStar

Semua Rakyat Malaysia Selamat Dalam Letupan Bom Di Sana'a - Anifah

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia di Yemen terselamat dalam kejadian serangan bom berani mati di Sana'a pada Khamis, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Bagaimanapun, beliau menasihati mereka mengambil semua langkah perlu bagi menjamin keselamatan diri.

Anifah berkata Malaysia mengutuk keras pelaku serangan itu, yang menjadikan kompleks Kementerian Pertahanan dan hospital tentera di dalamnya sebagai sasaran mereka.

Serangan pengganas itu meragut 52 nyawa dan mencederakan 167 orang yang tidak bersalah.

"Malaysia ingin menyampaikan rasa simpati mendalamnya dan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang menjadi mangsa perbuatan ganas dan hina itu, serta kepada kerajaan dan rakyat Yemen," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anifah berkata Malaysia mengulangi pendirian tegasnya bahawa keganasan, dalam semua bentuk dan manifestasi, merupakan antara ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Sehubungan itu, kata beliau, Malaysia menyokong penuh kerajaan sementara di bawah kepimpinan Presiden Abdu Rabu Mansour Hadi dan usaha beliau untuk mewujudkan perdamaian nasional dan dialog di Yemen.

"Malaysia yakin rakyat Yemen akan bersatu hati dan tidak membenarkan tindakan ganas menggagalkan proses peralihan demokrasi ke arah pembaharuan perlembagaan di negara mereka," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan