Selangor Tubuh Ops Cantas Khas Wanita

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seramai 13 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor termasuk tiga pegawai dan 10 anggota pelbagai pangkat menamatkan kursus selama lapan hari semasa Majlis Penutup Kursus Cantas Khas Wanita di Lapang Sasar Pusat Latihan Pasukan Gerak Am Ulu Kinta, Ipoh, Ahad. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan hadir dalam majlis penutupan kursus tersebut. -fotoBERNAMA
Seramai 13 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor termasuk tiga pegawai dan 10 anggota pelbagai pangkat menamatkan kursus selama lapan hari semasa Majlis Penutup Kursus Cantas Khas Wanita di Lapang Sasar Pusat Latihan Pasukan Gerak Am Ulu Kinta, Ipoh, Ahad. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan hadir dalam majlis penutupan kursus tersebut. -fotoBERNAMA

IPOH: Polis Kontinjen Selangor akan membentuk Ops Cantas Khas Wanita yang pertama untuk memerangi jenayah keganasan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata 40 anggota polis dan pegawai-pegawai daripada semua pangkat akan diambil menyertai pasukan tersebut.

"Sebagai permulaan, kami akan membentuk dua pasukan Ops Cantas Khas Wanita," katanya kepada pemberita selepas menutup program latihan Ops Cantas Khas Wanita di kem Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta, di sini, Ahad.

Mohd Shukri berkata pasukan itu telah ditubuhkan untuk membendung kegiatan jenayah yang melibatkan ahli kongsi gelap dan mengendalikan kes-kes berkaitan dadah di negeri ini.

Menurut beliau, kumpulan pertama terdiri daripada 13 pelatih wanita telah menamatkan latihan mereka selama seminggu yang bermula pada 1 Disember di kem itu.

"Buat masa ini, latihan akan dilakukan sekali setiap tiga bulan.

"Saya berharap lebih ramai anggota polis wanita boleh mendaftar untuk program latihan ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan