PM Hadiri Rundingan Tahunan Ke-17 Dengan Sultan Brunei - Berita Semasa | mStar

PM Hadiri Rundingan Tahunan Ke-17 Dengan Sultan Brunei

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira jam 12.50 pagi Ahad. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira jam 12.50 pagi Ahad. -fotoBERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-17 dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan menaiki pesawat khas kira-kira jam 12.50 pagi Ahad.

Ketibaan beliau dan isteri disambut Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mewakili kerajaan Brunei dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara Brunei Darussalam Datuk Awang Sahak Awang Salleh serta pegawai kementerian luar Malaysia.

Pagi ini, perdana menteri dan sultan Brunei dijadual menghadiri majlis perasmian Jambatan Perpaduan yang menghubungkan Bahagian Limbang, Sarawak dan Daerah Temburong, Brunei Darussalam.

Di sebelah malam pula, Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan pertemuan 'empat mata' di Istana Nurul Iman serta menyaksikan pemeteraian dua dokumen dua hala berkaitan kerjasama dalam sektor hidrokarbon dan pembangunan koperasi.

Najib dan isteri serta anggota-anggota delegasi Malaysia akan turut diraikan dalam majlis makan malam di Istana Nurul Iman. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan