Pemuda Gesa Semua Anggota Parti 'Mesra Anak Muda' Untuk Raih Sokongan - Berita Semasa | mStar

Pemuda Gesa Semua Anggota Parti 'Mesra Anak Muda' Untuk Raih Sokongan

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha memikat hati anak muda untuk bersama-sama dengan Umno perlu dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan semua anggota.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata golongan muda pada masa kini tidak hanya melihat kepada sayap-sayap parti sahaja sebelum membuat pertimbangan sebaliknya turut melihat kepimpinan secara keseluruhan.

"Kerja memikat hati anak muda walaupun menjadi KPI utama kepada Pemuda dan Puteri, (turut) dikongsi bersama semua yang ada dalam parti.

"Anak-anak muda tak melihat Pemuda atau Puteri bila nak sokong sesuatu parti...mereka tengok parti dari atas sampai ke bawah, seluruh parti Umno perlu dilihat mesra anak muda," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno 2013, di sini, Sabtu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata setiap anggota perlu mencontohi pendekatan bersahaja Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan muda.

"Contohi Presiden kita yang turut bersama anak muda tanpa protokol, bersahaja, bersantai dan bermedia sosial...barulah mereka akan beri sokongan kepada kita," katanya.

Khairy berkata apa yang menjadi pertimbangan anak muda pada hari ini adalah mengenai kehidupan mereka termasuklah kos sara hidup dan keperluan asas.

Beliau berkata, setiap anggota perlu sedar kehimpitan hidup anak muda adalah satu realiti dan ia tidak boleh ditolak.

"Mereka bukan mengada-ngada atau amalkan gaya hidup di luar kemampuan mereka," katanya.

Sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan Skim Rumah Transit, beliau bagaimanapun menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam rasuah, pembaziran dan ketirisan dalam Laporan Audit Negara.

Katanya, golongan anak muda turut berasa marah terhadap perkara ini sekiranya ia benar-benar berlaku.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan