KDN Bekal Senjata Api Kepada JPJ Dalam Waktu Terdekat

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kementerian Dalam Negeri akan membekalkan 265 senjata api kepada anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Arifin Che Mat.

Beliau berkata, langkah itu sebagai persediaan anggota agensi penguat kuasa itu mempertahankan diri jika diancam ketika bertugas.

Katanya, senjata api yang dibekalkan ialah pistol jenis Beretta FS 92 compact L.

"Sebanyak 10 pucuk senjata api jenis Airsoft Gun pula akan dibekalkan dalam masa terdekat bagi tujuan latihan," katanya kepada pemberita selepas Program Ujian Kemahiran Menembak Piala Ketua Pengarah JPJ Malaysia 2013 di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Gunong, di sini, Ahad.

JPJ Kelantan muncul sebagai juara keseluruhan dalam ujian kemahiran itu.

Arifin berkata, penggunaan senjata api itu antara lain memastikan keselamatan anggota JPJ yang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang di jalan raya.

Katanya, anggota penguat kuasa JPJ juga sebelum ini sering menerima ancaman terutama daripada kegiatan tonto khususnya di kawasan pantai barat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan