Kadar Baru Cukai Taksiran DBKL Ditentukan Selepas Panel Teliti Bantahan

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) melihat pelan bangunan sempena Majlis Pecah Tanah Bangunan Umno Bahagian Batu, Kuala Lumpur, Ahad. -fotoBERNAMA
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) melihat pelan bangunan sempena Majlis Pecah Tanah Bangunan Umno Bahagian Batu, Kuala Lumpur, Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kadar baharu cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan ditentukan selepas panel yang dilantik DBKL selesai meneliti semua bantahan yang diterima.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tempoh bantahan akan tamat pada 17 Disember ini.

Panel akan meneliti setiap bantahan dan sebarang keputusan yang akan dilakukan atas budi bicara DBKL sebelum dikuatkuasakan 1 Januari depan.

Katanya kadar baharu itu pastinya tidak akan membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah serta penghuni Projek Perumahan Rakyat.

"Tunggu saya buat keputusan selepas panel yang kita lantik meneliti semua bantahan yang diterima. Keputusan kita rasional yang tidak akan bebankan rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kembali ke Sekolah dan Majlis Pecah tanah Pejabat Umno Bahagian Batu di sini, Ahad.

Seramai 450 pelajar menerima bantuan peralatan sekolah dan wang tunai sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan pada majlis yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani.

Tengku Adnan berkata selama 21 tahun kerajaan tidak menyemak kadar cukai taksiran namun kadar baharu yang akan ditentukan kelak tidak akan menindas rakyat kerana cadangan itu mengambil kira beberapa keperluan khusus bagi kemudahan penghuni kota.

Setakat 5 Disember lepas, DBKL telah menerima 10,000 surat bantahan berhubung kenaikan tersebut sejak mengeluarkan notis pada pertengahan November lepas kepada lebih 500,000 penghuni kota dengan 56 peratus membabitkan pemilik premis komersial.

Ditanya tentang dakwaan pembangkang bahawa anggota Umno serta perwakilan hanya berseronok di Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir semalam tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri, Tengku Adnan berkata dakwaan itu langsung tidak berasas.

Setiausaha Agung Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri lain telah turun padang semasa berlangsungnya perhimpunan agung parti itu untuk meninjau dan menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas.

"Perdana Menteri dan timbalannya telah bergilir-gilir meninjau keadaan banjir pada waktu itu di mana Najib sendiri bergegas ke Pahang sebaik sahaja merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra Khamis lepas manakala esoknya (Jumaat) Muhyiddin pula ke Terengganu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan