Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat, Dungun Kekal

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu petang Ahad meningkat kepada 23,102 orang berbanding 22,391 di sebelah pagi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), peningkatan angka ini berikutan lebih 1,700 mangsa lagi berpindah di Kemaman. Jumlah mangsa di daerah itu kini seramai 19,287 orang (4,723 keluarga) berbanding 18,576 orang (4,177 keluarga) pagi tadi.

Di Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun sama seperti pagi tadi iaitu seramai 3,764 orang (936 keluarga).

Di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, jumlah mangsa tidak banyak berubah seperti pagi tadi.

Sehingga petang ini, sebanyak 5,672 keluarga telah berpindah di seluruh Terengganu melibatkan 67 pusat iaitu 18 di Dungun, Kemaman (46) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu serta Hulu Terengganu.

Pusat pemindahan itu terdiri daripada bangunan sekolah, balai raya, dewan sivik, surau dan masjid.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras bahaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan