Hishammuddin Sedih Tidak Dapat Hadir Perhimpunan Agung Umno

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin. Foto BERNAMA
Hishammuddin. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa sedih dan sayu apabila buat pertama kali beliau tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agung Umno yang bermula Isnin lepas dan berakhir pada Sabtu.

Beliau berkata, ini kerana sejak zaman kanak-kanak lagi beliau tidak pernah terlepas mengikuti kemeriahan dan kehangatan suasana perhimpunan apabila sering menemani ayahanda beliau Allahyarham Tun Hussein Onn.

"Tahun ini pertama kali sepanjang hidup saya, saya tidak dapat menghadiri perhimpunan agung Umno. Perasaan saya sedih dan sayu, namun kata-kata semangat daripada semua menjadi pengubat hati saya.

"Saya mengikuti perkembangan perhimpunan melalui media sosial dan teman-teman yang melawat yang menceritakan mengenai gelagat para pembahas. Saya rindukan anekdot-anekdot perhimpunan," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas dibenarkan keluar dari bilik rawatan buat pertama kali untuk bersiar-siar di lobi sebuah hospital swasta di sini.

Hishammuddin yang kelihatan ceria dan semakin pulih meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk mengambil angin, minum kopi dan berbual di kafe hospital.

"Ini merupakan kopi pertama saya selepas dimasukkan ke hospital ini sejak Isnin lalu," katanya.

Beliau ditemani isteri Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah dan anak kedua mereka, Faris, 22, dan anak bongsu Fahd, 15.

Hishammuddin, 52, yang juga Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah saluran arteri sempit.

Pada hari yang sama juga, beliau menjalani prosedur angioplasti.

Beliau menjelaskan beliau dijangka keluar dari hospital pada Isnin dan doktor telah memberitahu bahawa jantungnya akan mengambil masa untuk kembali pulih.

Katanya beliau berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selepas ini termasuk berhenti merokok.

"Saya sedih terpaksa melalui situasi seperti ini untuk berhenti merokok buat selama-lamanya," jelas beliau.

Beliau berkata, beliau tidak sabar untuk pulang dan menunggu kelahiran cucu pertamanya yang bakal dilahirkan anak sulungnya Nasya Alyssa pada bila-bila masa.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh turut melawat Hishammuddin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan