Gelombang Kedua Banjir Di Terengganu, Mangsa Banjir Meningkat Kepada 22,040

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gelombang kedua banjir telah bermula di Terengganu apabila lebih ramai yang terjejas akibat peningkatan air, manakala hujan berterusan di Pahang meletakkan pihak berkuasa dan orang ramai sentiasa berwaspada dalam tempoh 24 jam akan datang.

Walau bagaimanapun, Kelantan dan Johor kedua-duanya menunjukkan sedikit pengurangan selepas banyak mangsa banjir yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Jabatan Meteorologi berkata ribut petir dan hujan lebat yang berlaku di Pahang dan Terengganu dijangka berterusan.

Ia turut menyatakan bahawa keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Di TERENGGANU, BERNAMA melaporkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di meningkat kepada 22,391 orang pagi Ahad berbanding 22,040 orang malam Sabtu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara peningkatan itu berlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan kesemuanya 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga sebelum ini.

Tiada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga, Marang 26 orang daripada lapan keluarga dan Hulu Terengganu 19 orang daripada empat keluarga.

Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Baharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula pada umumnya paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya pagi ini.

Komunikasi di Kemaman telah terjejas apabila banyak pencawang elektrik di tenggelami air, menimbulkan kesukaran bagi mangsa-mangsa banjir untuk membuat panggilan mendapatkan bantuan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tentera telah bersiap sedia untuk dengan jurutera untuk membina jambatan taktikal di Sg Limbungan Kemaman selepas sebahagian lima meter tebing sungai runtuh.

Di PAHANG, Jabatan Meteorologi berkata amaran tahap oren telah dikeluarkan untuk Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, Bera dan Maran di Pahang, yang dijangka akan menyaksikan hujan lebat berterusan sehingga hari ini.

Pada Sabtu, ibu negeri, sudah pun merasai bahang banjir dengan penutupan jalan raya dan perniagaan, setelah hujan yang berterusan dari pagi.

Pada pukul 6.15 petang, terdapat peningkatan mangsa pemindahan di Pahang dengan 39,580 orang berlindung di 116 pusat pemindahan, bilangan tertinggi di kalangan negari-negari yang terjejas. Bera adalah daerah terbaru yang dilanda banjir.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan