1,340 Mangsa Banjir Masih Berada Di 20 Pusat Pemindahan Di Johor

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sejumlah 1,340 mangsa banjir daripada 349 keluarga di Johor masih berada di 20 pusat pemindahan sehingga pagi Ahad berbanding 1,538 orang daripada 403 keluarga, malam Sabtu.

Menurut portal bencana Majlis Keselamatan Negara, setakat pukul 9 pagi, seramai 582 orang (145 keluarga) masih berada di sembilan pusat pemindahan di Segamat manakala 413 orang (110 keluarga) berada di tiga pusat pemindahan di Pontian.

Sejumlah 220 orang (64 keluarga) berada di empat pusat pemindahan di Batu Pahat; 97 orang (24 keluarga) di dua pusat pemindahan di Kota Tinggi; 20 orang (empat keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Kluang manakala lapan orang (dua keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Ledang.

Kawasan yang masih terjejas di Segamat ialah Kampung Sanglang, Kampung Paya Dalam, Kampung Awat, Kampung Pogoh 2, Kampung Batu Badak, Kampung Tandong, Kampung Gemereh III, Kampung Spang Loi dan Kampung Kuala Paya manakala Batu Pahat pula melibatkan Koris, Kampung Parit Haji Kamisan, Sungai Suloh, Parit Lapis serta Kampung Linau Kechil.

Di Kota Tinggi, kawasan yang terjejas ialah Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat; Pontian melibatkan Parit Stan dan Tampuk Laut; Ledang melibatkan Kampung Kundang Ulu manakala Kluang melibatkan Kampung Melayu Batu 4 dekat Paloh. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan