Wakil Perlis Minta Ops Cantas Diperluas Terhadap Golongan Pelampau - Berita Semasa | mStar

Wakil Perlis Minta Ops Cantas Diperluas Terhadap Golongan Pelampau

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Perlis mencadangkan supaya 'Ops Cantas' diperluaskan ke atas golongan pelampau dalam mencetuskan sensitiviti yang bertentangan dengan Syariah di negara ini.

Wakil Perlis, Ramli Sharif berkata, ia berkaitan dengan tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang sebelum ini dilaporkan telah membawa laporan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) antara lain untuk menuntut supaya murtad diterima sebagai hak kebebasan beragama; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan menghalalkan perzinaan.

"Ia bercanggah dengan hukum Syariah Islam. Comango kata mereka mewakili majoriti rakyat Malaysia. Ini satu penipuan besar. Betul ke tuan-tuan dan puan-puan ni dah beri mandat kepada mereka untuk mewakili kita, betul ke?

"Mereka kata mereka mewakili 15 NGO (badan bukan kerajaan) tetapi difahamkan hanya 12 NGO sahaja yang berdaftar, maka bakinya haramlah.

"Oleh itu, wakil Perlis cadangkan supaya Ops Cantas diperluaskan ke atas golongan pelampau dan haram ini'" dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari ketiga Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Dilaporkan Comango bertindak melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas dalam laporan yang dikemukakan untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

Ops Cantas merupakan operasi Kementerian Dalam Negeri dalam membanteras jenayah di negara ini.

Menurut Ramli, tuntutan yang dibawa oleh gabungan NGO itu bertentangan dengan perlembagaan dan keperluan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, "Kalau perlu cantas, cantaslah. Ini kan kepakaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kepakaran cantas ada pada naib presiden kita (Zahid)."

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan