Ulama Dalam Kepimpinan Umno Perlu Diamalkan Di Semua Peringkat - Wakil Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Termizi Musa
Ahmad Termizi Musa

KUALA LUMPUR: Transformasi untuk membariskan golongan ulama bersama kepimpinan Umno seharusnya diamalkan di setiap peringkat dalam parti.

Perwakilan Umno Kelantan, Ahmad Termizi Musa berkata, transformasi yang dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diterjemahkan ke peringkat badan perhubungan negeri, ketua bahagian dan ketua cawangan.

Katanya, ini termasuk sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita dalam melaksanakannya pada peringkat pengurusan pergerakan masing-masing.

"Maka di setiap peringkat, kita harus membawa golongan alim ulama, ustaz dan ustazah serta guru-guru sekolah pondok, mubaligh masyarakat, mereka yang mempunyai keilmuan dalam bidang agama Islam, orang yabg dihormati dan disegani wajib berada dalam saf kepimpinan parti.

"Dan kesemua mereka ini akan bertanggungjawab untuk menggerakkan bersama-sama untuk memperkasakan parti dan perjuangan Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari ketiga Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, Ahmad Termizi memintas supaya tiada pihak dalaman parti yang 'menutup pintu' kepada mereka untuk menyertai Umno.

Beliau juga berkata bahawa transformasi yang dilakukan oleh presiden parti dilihat menimbulkan kerisauan oleh parti pembangkang.

"Mereka bimbang mereka akan kehilangan pengaruh, takut kecundang dalam pilihan raya walaupun sememangnya berkali-kali kecundang dan mereka bimbang takut ditolak oleh rakyat.

"Oleh itu, mereka mengeluarkan pelbagai tuduhan yang kononnya golongan alim ulama yang menyertai barisan kepimpinan bersama Umno dan Barisan Nasional adalah ulama murtad," katanya.

Mengenai transformasi, beliau turut menggesa seluruh pendokong Umno tanpa mengira tempat dan kedudukan untuk melakukan perubahan dalam diri.

"Umno adalah parti rakyat dan memerlukan sokongan rakyat maka Umno perlu melihat ke dalam diri untuk memperbaiki mana-mana yang lemah dan melengkapkan mana-mana yang kurang atau tidak cukup.

"Imej itu adalah bagaimana kita menampilkan diri kita sebagai pimpinan Umno yang memperjuangkan Islam, bagaimana amalan kita sebagai pejuang Islam, bagaimana kita meletakkan keperibadian dan tanggungjawab kita itu.

"Oleh itu, imej ini perlu datang dari dalam diri maka sama-samalah kita bermuhasabah diri...yang kurang itu kita cukupkan, yang lemah itu kita perbaiki," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan