Tiong Lai Semakin Hampiri Kerusi Presiden MCA

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow Tiong Lai (kiri) bersama Chua Soi Lek. Foto:LIM CHENG KIAT/ The Star
Liow Tiong Lai (kiri) bersama Chua Soi Lek. Foto:LIM CHENG KIAT/ The Star

KUALA LUMPUR: Keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mempertahankan jawatannya mungkin memberi kelebihan kepada timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi parti itu.

Setakat ini, selain daripada Liow, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden, Gan Peng Shieu juga mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding bagi kerusi Presiden parti di pemilihan parti 21 Disember depan.

Para perwakilan parti pula sudah mula bersuara "sama ada ikut kereta nombor pendaftaran 15 (nombor kereta rasmi Liow ketika menjadi menteri kesihatan) atau guna GPS (merujuk kepada akronim Gan Peng Shieu) untuk menentukan keputusan pemilihan".

Keputusan Dr Chua untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden bererti penyokong-penyokong tegarnya yang juga mewakili sebahagian besar ahli perwakilan kini berpecah dalam memilih pemimpin baru.

BERPIHAK KEPADA LIOW

"Besar kemungkinan penyokong Dr Chua akan membuat pilihan mereka sendiri, Kalau pun Dr Chua mahu mereka memilih calon tertentu. Bukan semua akan menurut kemahuannya kerana beliau tak bertanding," kata bekas Ketua Pemuda MCA Sabah dan penyokong kuat Liow, Chew Kok Woh.

Chew menjelaskan lagi memandangkan Tee Keat turut bertanding jawatan yang sama, penyokong Dr Chua juga mungkin terpaksa memilih antara Tee Keat atau Gan kerana kedua-duanya berkongsi kumpulan penyokong yang sama.

Gan pernah menjadi penyokong tegar Tee Keat dan merupakan antara orang kanannya semasa Tee Keat menyandang jawatan presiden parti.

"Undi mereka akan berpecah antara kedua-keduanya sekiranya Tee Keat masih meneruskan dengan hasratnya bertanding jawatan presiden.

"Gan tidak boleh bergantung kepada penyokong-penyokong Dr Chua memandangkan bukan semua yang akan menyokongnya. Ini yang akan memberi kelebihan kepada Liow," tambah Chew.

Berdasarkan hasil pemilihan parti 2010 dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang baru berakhir untuk mencela Liow, Dr Chua berjaya mengekalkan sokongan padu daripada kira-kira 900 orang perwakilan sementara Liow pula mempunyai sokongan padu daripada lebih kurang 800 perwakilan.

Bakinya sama ada penyokong Tee Keat, seorang lagi mantan presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting serta adiknya Datuk Seri Ong Ka Chuan atau Naib Presiden, Datuk Donald Lim.

Memandangkan ahli perwakilan yang sama akan mengundi di pemilihan parti pada 21 Disember, 900 undi Dr Chua dilihat sebagai penting dalam menentukan pemenang di pemilihan parti tahun ini.

Bagaimanapun, persoalannya kini sama ada Dr Chua boleh mempengaruhi penyokongnya tentang siapa yang mereka perlu sokong.

Daripada segi jumlah, MCA mempunyai 2,385 perwakilan di pemilihan parti itu nanti.

PERHITUNGAN

Menurut satu sumber dalaman parti, berdasarkan andaian jumlah perwakilan yang hadir di pemilihan parti sekitar 90 peratus, yakni 2,280 ahli perwakilan mengundi, Liow hanya memerlukan minimum 1,141 undi untuk menyandang jawatan presiden parti yang baru.

Ini bermakna beliau hanya memerlukan lebih kurang 300 undi sahaja lagi.

"Ini bukan sesuatu yang sukar untuk dicapai. Memandangkan Dr Chua tidak bertanding, sebahagian besar perwakilan terutamanya mereka yang tidak memihak kepada mana-mana kumpulan juga sebahagian daripada penyokong Dr Chua akan mencari ketua baru untuk diberi sokongan.

"Oleh yang demikian, bukan mustahil untuk mereka memilih Liow kerana sekarang beliau mempunyai kelebihan untuk memenangi pemilihan itu. Itulah politik," jelas bekas Naib Presiden MCA, Datuk Yap Pian Hon.

Sebaliknya, menurut Yap adalah sukar bagi Liow sekiranya Dr Chua bertanding, meskipun jika terdapat tiga atau empat calon untuk jawatan yang sama kerana penyokong Dr Chua akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi mereka.

"Sekarang keadaannya berbeza. Dengan ketiadaan Dr Chua, jelas Liow mempunyai kelebihan memandangkan sebahagian besar sokongan akan berpihak kepadanya," tambah beliau.

SUDAH TERTULIS

Pengerusi MCA Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ma Kok Ben berpendapat sebahagian penyokong Dr Chua di Pulau Pinang telah mula menunjukkan sokongan mereka untuk Liow selepas Dr Chua mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya.

"Kebanyakan ahli perwakilan bersikap praktikal tentang siapa yang mereka sokong. Mereka tidak akan memilih calon yang mereka percaya akan kalah.

"Saya boleh katakan hampir separuh anggota perwakilan di Pulau Pinang sekarang ini berkemungkinan menyokong Liow," katanya.

Bagaimanapun, ada yang berhujah keadaan mungkin tidak berpihak kepada Liow sekiranya ada calon lain dengan sokongan akar umbi yang kuat menyertai pertandingan itu dan memecahkan undi.

Terdapat cakap-cakap bahawa ada penyokong Dr Chua yang tidak puas hati dengan keputusannya tidak mempertahankan jawatan dan sedang berusaha meletak calon untuk bertanding jawatan presiden parti.

Bagaimanapun, satu sumber dalaman menyatakan sekiranya itu berlaku, ia akan hanya memperkukuhkan kedudukan Liow dan melemahkan calon-calon lain kerana ia akan memecahkan sokongan di kalangan mereka yang menentang Liow.

"Bagi saya, Liow mempunyai peluang baik untuk muncul sebagai presiden parti. Beliau sudah mempunyai sokongan padu dan peluangnya tidak akan terjejas meskipun ada calon kuat yang lain untuk jawatan itu," kata Ma.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan