Puteri Umno Galak Guna Media Sosial Jana Pendapatan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menyedari kelebihan menguasai media sosial, Puteri Umno akan mengambil pendekatan lebih agresif untuk meningkatkan kemahiran masyarakat untuk menggunakannya sebagai platform menjana kegiatan ekonomi dan pendapatan.

Pengerusi Biro Media Sosial dan Digital Puteri Umno Mimie Harianie Alias berkata pergerakan itu akan memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat terutamanya wanita muda untuk berjaya dalam perniagaan dalam talian.

Bagi tujuan itu, Puteri Umno akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan keusahawanan bagi mendapatkan bantuan, khidmat nasihat dan sokongan yang diperlukan.

"Galakan itu merangkumi bimbingan keusahawanan termasuk menajamkan kepakaran, memberi nasihat selain mendapatkan pinjaman kewangan untuk perniagaan, misalnya dari Tekun.

"Kita mahu Puteri bukan hanya aktif berpolitik tetapi juga cekap menggunakan teknologi terkini untuk menambah pendapatan dan pada masa sama kita perlu guna saluran media baharu ini bagi menarik pengundi muda untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Selain dapat mengurangkan penggangguran, Mimie Harianie berkata langkah itu boleh membantu wanita muda berdikari dan berdaya saing serta dapat membantu mengembangkan perniagaan.

Puteri Umno juga bercadang mengadakan latihan dan bimbingan kepada para anggotanya bagi memastikan mereka mahir menggunakan laman sosial dan aplikasi terkini serta tidak ketinggalan dalam kepesatan perkembangan teknologi maklumat. "Kita mendapati masih ramai ahli yang tidak mempunyai akaun laman sosial seperti Twitter... ini merugikan kerana Twitter mempunyai capaian yang pantas dan mudah di mana apabila kita kemas kini atau 'retweet' sebarang maklumat, ia akan dapat dibaca oleh 'followers' dalam masa yang singkat.

"Kita juga mahu mengadakan latihan penyampaian agar ahli bijak untuk berhujah dalam menyerang balas serangan siber kerana kita dapati ada yang tidak pandai untuk menyerang balik dan memerlukan bantuan untuk menjawab tuduhan," katanya.

Dengan keanggotaan berjumlah 368,481 orang, Puteri Umno boleh membantu mengikis persepsi negatif orang ramai terhadap parti dengan menonjolkan kebenaran dan tindakan yang dilaksanakan kerajaan dengan cara merapatkan diri dengan orang ramai melalui media sosial, kata Mimie Harianie.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan