Najib Umum Bantuan RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.

"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.

"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.

"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.

"Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya.

Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

"Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi jawatankuasa banjir negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.

Perdana Menteri juga telah bergegas ke Pahang untuk meninjau lebih dekat masalah rakyat susulan banjir, selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno di sini Khamis.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan