MKN Perlu Pertingkat Keupayaan Kelengkapan Ketika Banjir - Zahid - Berita Semasa | mStar

MKN Perlu Pertingkat Keupayaan Kelengkapan Ketika Banjir - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu meningkatkan keupayaan logistik untuk menjalankan operasi menyelamat dengan berkesan semasa bencana alam termasuk banjir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MKN perlu memberi fokus kepada menambahbaik logistik, terutamanya dalam usaha mendapatkan lebih banyak trak Tetra, yang akan dapat membawa lebih beban lebih 10 tan.

"Saya merasakan bekalan semasa kenderaan dan peralatan MKN tidak mencukupi dan tidak memenuhi keupayaan.

"Logistik mereka perlu sejajar dengan keperluan rakyat," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku-buku "Je t'aime" dan "Keindahan Allah" di sini, Jumaat.

Beliau menambah, MKN juga perlu mengambil kira menyediakan dapur mudah alih bergerak yang kini sedang digunakan oleh Angkatan Tentera.

"Kemudahan seperti ini telah terbukti untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam. Kenderaan dan peralatan boleh disimpan dengan pihak polis atau Angkatan Tentera," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan