'Mandela Pemimpin Paling Saya Kagumi' - Dr Mahathir - Berita Semasa | mStar

'Mandela Pemimpin Paling Saya Kagumi' - Dr Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail menunjukkan Mahathir (kanan) pada 1990 yang ketika itu merupakan Perdana Menteri mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika, Nelson Mandela ke pejabatnya.
Gambar fail menunjukkan Mahathir (kanan) pada 1990 yang ketika itu merupakan Perdana Menteri mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika, Nelson Mandela ke pejabatnya.

KUALA LUMPUR: Nelson Mandela adalah seorang pemimpin yang cukup hebat serta memiliki ketabahan luar biasa dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memperjuangkan keadilan sosial, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menyambut berita kematian Mandela dengan amat sedih dan berasa suatu kehilangan yang amat besar.

"Pemergiannya merupakan suatu kehilangan besar bagi saya dan semua rakyat Afrika," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata, Mandela bukan sahaja sahabat sejati beliau, tetapi juga pemimpin yang amat beliau kagumi.

"Setiap kali ditanya siapakah pemimpin yang pernah saya jumpa yang paling saya kagumi, tanpa teragak-agak saya akan menjawab, Nelson Mandela," katanya.

Dr Mahathir berkata, Mandela juga adalah insan bersifat pemaaf dan tidak memusuhi mereka yang pernah memenjarakannya kerana beliau lebih mementingkan perdamaian serta perkongsian kekayaan dan peluang yang terdapat di negaranya antara masyarakat kulit putih dan masyarakat kulit hitam.

"Tidak ramai manusia di dunia yang memiliki sikap mulia seperti ini," katanya.

Mandela, 95, meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg pada Khamis malam setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan