Kelewatan Hantar Bekalan Bantuan Banjir Bukan Disengajakan - KP Bomba - Berita Semasa | mStar

Kelewatan Hantar Bekalan Bantuan Banjir Bukan Disengajakan - KP Bomba

Diterbitkan: Sabtu, 7 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kelewatan pasukan penyelamat menghantar bantuan ke beberapa lokasi dilanda banjir bukan disengajakan, sebaliknya disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, tegas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata antara halangan yang terpaksa ditempuhi ialah gangguan bekalan elektrik selain kesukaran komunikasi.

"Selain itu kita terpaksa tempuhi laluan menuju ke tempat penghantaran bantuan yang terpaksa ditutup ekoran ditenggelami air banjir.

"Terdapat juga kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan agar tidak tenggelam menyebabkan kelewatan bantuan kita tiba di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bomba Sukarela Zon Pantai Timur dan Selatan di sini.

Konvensyen dua hari bermula semalam itu dihadiri hampir 300 peserta mewakili 28 pasukan bomba sukarela.

Menurutnya ekoran kekangan itu, perjalanan yang sepatutnya singkat akhirnya mengambil masa sehingga dua atau tiga jam untuk sampai.

Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata pengurusan bencana di negara ini masih berada di tahap yang baik jika dibandingkan negara lain.

Katanya ini berikutan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana alam itu sentiasa berada pada tahap minimum manakala mangsa berjaya diselamatkan pula masih terjaga makan minumnya.

"Kita difahamkan setakat ini, yang kita dapat pindahkan...berpuluh-puluh ribu mangsa banjir kita tiada masalah. Kita pasukan penyelamat ni...kita cuba sedaya upaya memberi bantuan jika diperlukan.

"Mungkin ada satu dua kesulitan sehingga menyebabkan kelewatan. Tapi, bagi saya ia bukan satu isu yang besar. Yang penting, dalam keadaan kecemasan begini, kita kenalah bertenang dan berlapang dada," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan